Pusat Ekuin Assakaf (PES ) Telah beroperasi secara aktif pada 1 Januari 2014. Assakaf adalah nama kuda pertama Rasulullah SAW yang gidunakan ketika perang Uhud. Nama As-sakaf dipilih kerana pusat ekuin ini ingin menjadi peneraju utama di dalam program sunnah berkuda di negeri Pahang Darul Makmur.
Bermula dengan hanya 2 ekor kuda sekadar hobi bersama keluarga, tapi atas permintaan dari peminat dan kawan-kawan maka tertubuhlah pusat ekuin ini.
Buat masa ini permintaan terhadap aktiviti berkuda sangat tinggi sehingga pihak kami perlu membuat penambahan kuantiti kuda dan beberapa penambahbaikan untuk menampung permintaan semasa.